Selasa, 26 Januari 2021

Ya Arhammar Rahimin


Ya Arhammar Rahimin

Loading video

Sebelum masuk waktu Subuh, bilal bertahrim…Tarhim dibaca / dilantunkan oleh Bilal pada waktu tertentu yaitu waktu menjelang adzan Subuh saja...

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi… kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup,
Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat dan keagunganMu Ya Allah.

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi… kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup,
Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Junjungan kami Nabi Muhammad SAW

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi… kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup,
Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi… kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup,
Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Umar Al-Khatab RA

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi… kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup,
Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Uthman bin Affan RA

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi… kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup,
Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Ali bin Abi Talib RA

Maksudnya : Dan dengan keberkatan para Sahabat dan kaum keluarga Rasulullah SAW

Kemudian baca beberapa ayat al-Quran iaitu ;

Ayat 33 Surah Fusshilat

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

Ayat 95 – 98 Surah al-An’am

“Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?”


“Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”


“Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.”


“Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).”

Ayat 78 – 79 Surah al-Isra’

“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).”


“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

Ayat 110 – 111 Surah al-Isra’

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.”


“Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”

Kemudian.. sebaik sahaja masuk waktu subuh.. bilal akan membaca..

Maksudnya : Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan Tiada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan limpah pertolongan Allah, Tuhan Yang Maha Besar. Ya Allah, wahai Tuhan kami, cucurkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya,
Ya Allah Tuhan Yang Maha Mulia.


Sholat sunnat Fajar waktu hanya 5 menit

menjelang adzan subuh

adzan Subuh

Solat Sunat Qobliyah Sebelum Subuh

Solat Subuh

Tidak ada komentar:

Posting Komentar